24 Jun 2012, 3.00 petang (waktu Mesir)
Sememangnya perancangan manusia itu hebat. Tetapi
perancangan ALLAH lebih-lebih lagi hebat.
Mereka meletakkan sepenuh harapan dan kepercayaan pada
ALLAH, dan memanifestasikan harapan dan kepercayaan itu pada sekeping kertas
undi dan secalit dakwat.
Kepada siapa lagi sepatutnya mereka hamparkan tawakkal
yang tinggi itu kalau bukan pada DIA?
Presiden baru Mesir, Dr. Muhammad Morsi. |
Alhamdulillah, doa mereka yang tidak pernah putus itu
dimakbulkan juga.
Rakyat Mesir sujud syukur di pinggir jalan sejurus selepas pengumuman keputusan pilihanraya. |
Dataran Tahrir : 24 Jun 2012 |
Sujud syukur mereka di mana-mana. Sorak sorai mereka di
mana-mana.
Rakyat Palestin turut berkongsi kemenangan |
Tahniah juga buat Palestin. Semoga kemenangan haluan Islam di Mesir akan membuka satu lembaran baru buat kalian.
Detik pengumuman kemenangan Dr. Muhammad Morsi.
Petikan ucapan Mursi selepas diisytihar menang:
"Wahai sekalian penduduk Mesir. Kalian telah meletakkan bebanan yang cukup berat di atas belakangku. Aku bukanlah manusia terbaik untuk memegang jawatan ini... Namun aku akan berusaha dengan sepenuh tenagaku untuk memenuhi segala janjiku. Semua rakyat mempunyai hak yang sama. Adapun bagiku tiada apa-apa hak. Yang ada hanyalah tanggungjawab...
"Bantulah aku untuk menegakkan keadilan di kalangan kamu. Tolonglah aku selagi mana aku mentaati Allah dalam menguruskan kamu. Jika sebaliknya dan jika aku derhaka kepada Allah serta aku tidak konsisten dengan apa yang aku janjikan, ketika itu tidak perlu lagi kalian taat kepadaku."

P/s : Sebelum ini, apabila mendengar bunyi ledakan mercun
dan bunga api, akan ada rasa tidak senang hati. Hingar itu seringnya mengganggu
konsentrasi mengulangkaji. Tapi ketika hari itu, saya dan yang lain ikut tersenyum
pula mendengar dentum-dentum kegembiraan dan keriangan mereka semua. Mujur
hanya mengongsi bunyi. Andai sahaja kami turut dapat melihat warna-warni
kemenangan itu, pasti kami juga akan turut bersorak ria. Sekali lagi, TAHNIAH
Mesir!
*Imtihan telah pun berakhir khamis yang lalu. Hari ini akan bermusafir ke kota biru Alexandria selama 3 hari. Jalan-jalan cari makan!! =)
Alhamdulillah.TAKBIR!
BalasPadamMohammadazhan.com: Takbir! =)
Padam