Bismillahirrahmaanirrahiim..
Salam Syawal 1433 h.
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berkesempatan
untuk menulis dan berkongsi sesuatu di sini, hari ini akhirnya Allah beri saya
peluang untuk mengetuk papan kekunci buat kesekian kalinya.
Bukan malas ataupun culas, tapi kesibukan dan kekangan
yang bermacam-macam menghambat waktu dan kesempatan.
Hari-hari saya diisi dengan rutin yang sama, membantu
Mama di kantin dari awal pagi hingga rembang petang. Pulang ke rumah, kembali
menjadi anak perempuan dan kakak sulung kepada 6 adik yang manja belaka.
Adik tersayang, Ahmadi Putra akan kembali ke Jordan pada
12 September ini, meneruskan pengajian sebagai mahasiswa Tahun 3 Universiti
Mutah, Karak. Berpisah lagi kami.
Cuti masih berbaki lebih kurang 3 minggu. Selepas itu,
saya akan kembali ke bumi Mesir untuk meneruskan perjuangan, InsyaAllah akan
meneruskan pengajian sebagai mahasiswi Tahun 2 pula (Alhamdulillah)..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)