Isnin, 10 September 2012

PROMOSI : Kicap & Sos Mak Ana


    Petang khamis lalu, makcik saya (kakak kepada Mama) dari Kota Kinabalu datang, menghantar bekalan kicap dan sos ke kantin sekolah yang Mama usahakan. Sempat juga berbual-bual dengan makcik dan adik sepupu saya, Hafiz, bertanya itu-ini tentang perusahaan kicap dan sos yang mereka sekeluarga usahakan sejak tahun lepas.


    Produk kicap dan sos ini menggunakan jenama Mak Ana, bersempena anak sulung makcik yang sejak kecil saya panggil Kak Ana.

    Kerana belum mampu untuk memiliki bangunan kilang sendiri, perusahaan kicap dan sos ini diproses terus dari rumah kediaman mereka di Kampung Tebobon, Menggatal. Produk ini merupakan hasil usaha sepenuhnya BUMIPUTRA MUSLIM, dijamin HALAL dan SUCI, malah mendapat sokongan dan diselia oleh MARDI, FAMA dan SDSI.

    Produk kicap dan sos Mak Ana kini diedarkan ke pasaraya, restoran, kedai runcit dan kantin sekolah sekitar Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud

    Pengguna boleh mendapatkan Kicap Pekat Manis, Sos Cili, Sos Cili Pedas, Sos Cili Manis, Sos Tomato, Sos Tiram dan Sos Pencicah Mak Ana dalam saiz botol kecil 400 gram berharga RM 2.50, dan botol besar 1 kg berharga RM9.00.

Boleh juga dibeli secara pukal/borong.

Maklumat pengusaha:

Pasar Besar Enterprise,
Kampung Tebobon, Menggatal,
Jalan Tuaran, 88450 Kota Kinabalu.

Telefon : 013-854 4291 / 014-656 6591 (Puan Deliam Zainuddin)

    Alhamdulillah, seorang pelanggan yang juga pengusaha gerai ikan bakar memberitahu bahawa Kicap Pekat Manis Mak Ana sangat sedap dibuat sambal kicap untuk hidangan ikan bakar. 

P/s : Saya dah rasa semua. Petang-petang pekena keropok lekor dengan Sos Pencicah Mak Ana, memang sedap!

4 ulasan:

  1. Balasan
    1. hohoho.. boleh ja kalau kakak.. :-)

      Padam
    2. Mak adik masih lgi mndapat tender kantin sekolah ke..boleh tnya kantin sekolah mna...

      Padam
    3. sarah mohd : Alhamdulillah, masih lagi. Kantin Sek Keb Kulambai, Kota Belud, Sabah.

      Padam

Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...