Alkisah seorang lelaki yang sedang bermusafir di sahara yang luas. Tiada apa-apa padanya kecuali sedikit wang dan sebuah beg berisi buku-buku.
Di pertengahan jalan, lelaki tadi dihadang oleh seorang perompak, yang meminta diserahkan semua barang berharga yang ada padanya. Lelaki tadi mengeluarkan kesemua wang dan barang berharga yang ada, kecuali beg berisi buku-buku dan menyerahkannya pada perompak tadi.
Lelaki : Kau ambillah semua wang ini. Tapi jangan kau ambil beg ini.
Perompak : Apa yang ada dalam beg itu?
Lelaki : Buku-buku. Nah, ambil semua wang ini. Buku-bukuku jangan kau ambil.
Sang perompak tertawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutnya.
Perompak : Kalau aku ambil buku-buku kau, adakah ilmu kau akan hilang? Ilmu letaknya dimana? Dalam buku atau dalam kepala?
Teguran Ustaz melihatkan aku dan rakan-rakan yang kelam kabut membuka kitab setiap kali diajukan soalan. Kisahnya ringkas namun cukup untuk membuatkan kami sekelas terpukul. Betul juga kata Ustaz, ilmu yang telah dipelajari sepatutnya kekal dalam minda, bukan jadi catatan pena atas kertas yang akan usang pada bila-bila masa. (^_^)
Fatrah imtihan semester kedua makin menghampiri. Sekilas suasana syaqqah yang makin sunyi membuat aku mengerti betapa imtihan itu sesuatu yang sangat sukar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Aku, sebagai seorang pelajar asasi, mungkin belum memahami erti 'rush' dan kalut seperti yang mereka semua hadapi. Namun agaknya tiada beza dengan keadaan aku dan rakan-rakan yang diasak dengan imtihan dan ikhtibar pada tiap-tiap minggu. Hinggakan keluhan 'uh, esok exam lagi' bagi kami sudah kedengaran terlalu biasa.
Bila berbicara tentang IMTIHAN, aku seolah ingin mengetuk kepala sendiri yang cuma takutkan 'IMTIHAN' itu tanpa pernah berusaha keras untuk menghadapinya. Malah aku juga merasa seperti ingin mengherdik diri sendiri yang adakalanya belajar bukan untuk mencari ilmu tetapi untuk menghadapi 'IMTIHAN' semata. Hingga kekadang terasa seolah aku 'memurahkan' nilai ilmu yang tidak terbanding luasnya.
Sepotong hadis yang diriwayatkan Tabrani menyedarkan aku.
Agaknya, jikalau aku belajar cuma kerana 'IMTIHAN', akan kutemuikah ketenangan dan
Justeru, sebagai peringatan buat semua dan tempelakan buat diriku yang sering alpa ini, tuntutlah ilmu itu kerana mengharapkan redha Allah atas manfaat ilmu yang kita perolehi setelah kita mempelajarinya ikhlas Lillahi Ta3ala, bukan kerana 'IMTIHAN' semester, final semata-mata.
Ingat, IMTIHAN di dunia bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan IMTIHAN dihadapan-Nya kelak. Jika menuntut ilmu kerana IMTIHAN dunia semata, lantas ilmu tersebut tidak diamalkan pula, jangan lupa ketika IMTIHAN di akhirat kelak akan ditanyakan soalan tentang ilmu yang kita ada, kita amalkan atau tidak?
p/s : Teringat ketika sesi ceramah Motivasi Teknik Belajar untuk Calon UPSR 2010 di SK Kulambai. Aku katakan pada mereka, "belajar jangan kerana UPSR, tapi jadikan kejayaan dalam UPSR sebagai salah satu pencetus motivasi untuk terus belajar, ya adik-adik...." (^_^)
Di pertengahan jalan, lelaki tadi dihadang oleh seorang perompak, yang meminta diserahkan semua barang berharga yang ada padanya. Lelaki tadi mengeluarkan kesemua wang dan barang berharga yang ada, kecuali beg berisi buku-buku dan menyerahkannya pada perompak tadi.
Lelaki : Kau ambillah semua wang ini. Tapi jangan kau ambil beg ini.
Perompak : Apa yang ada dalam beg itu?
Lelaki : Buku-buku. Nah, ambil semua wang ini. Buku-bukuku jangan kau ambil.
Sang perompak tertawa berdekah-dekah sambil menekan-nekan perutnya.
Perompak : Kalau aku ambil buku-buku kau, adakah ilmu kau akan hilang? Ilmu letaknya dimana? Dalam buku atau dalam kepala?
Terkedu si lelaki. Kata-kata sang perompak bagai belati yang menikam ulu hatinya. Terdetik akan benarnya kata sang perompak, maka si lelaki membuka kitab-kitabnya lantas menghafal semua yang ada dalam kitab itu. Setelah selesai...
Lelaki : Nah, kalau kau mahu ambil buku-buku ini, silakan. Semua yang ada dalam buku ini sekarang ada dalam kepalaku. Nah, ambil..
*****
Teguran Ustaz melihatkan aku dan rakan-rakan yang kelam kabut membuka kitab setiap kali diajukan soalan. Kisahnya ringkas namun cukup untuk membuatkan kami sekelas terpukul. Betul juga kata Ustaz, ilmu yang telah dipelajari sepatutnya kekal dalam minda, bukan jadi catatan pena atas kertas yang akan usang pada bila-bila masa. (^_^)
*****
Fatrah imtihan semester kedua makin menghampiri. Sekilas suasana syaqqah yang makin sunyi membuat aku mengerti betapa imtihan itu sesuatu yang sangat sukar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Aku, sebagai seorang pelajar asasi, mungkin belum memahami erti 'rush' dan kalut seperti yang mereka semua hadapi. Namun agaknya tiada beza dengan keadaan aku dan rakan-rakan yang diasak dengan imtihan dan ikhtibar pada tiap-tiap minggu. Hinggakan keluhan 'uh, esok exam lagi' bagi kami sudah kedengaran terlalu biasa.
Bila berbicara tentang IMTIHAN, aku seolah ingin mengetuk kepala sendiri yang cuma takutkan 'IMTIHAN' itu tanpa pernah berusaha keras untuk menghadapinya. Malah aku juga merasa seperti ingin mengherdik diri sendiri yang adakalanya belajar bukan untuk mencari ilmu tetapi untuk menghadapi 'IMTIHAN' semata. Hingga kekadang terasa seolah aku 'memurahkan' nilai ilmu yang tidak terbanding luasnya.
Sepotong hadis yang diriwayatkan Tabrani menyedarkan aku.
"Daripada Abu Hurairah R.a, Rasulullah SAW bersabda : Tuntutlah ilmu bersungguh-sungguh dan carilah dari ilmu itu ketenangan dan kewibawaan, dan merendah dirilah kepada guru."
kewibawaan seperti yang Rasulullah maksudkan? Tentunya tidak, melainkan ke'gabra'an dan ketakutan yang menggegarkan lutut setiap kali ustaz mengumumkan "Yaa tolibaati, al imtihan fi yaumil ahad.."!!
Justeru, sebagai peringatan buat semua dan tempelakan buat diriku yang sering alpa ini, tuntutlah ilmu itu kerana mengharapkan redha Allah atas manfaat ilmu yang kita perolehi setelah kita mempelajarinya ikhlas Lillahi Ta3ala, bukan kerana 'IMTIHAN' semester, final semata-mata.
Ingat, IMTIHAN di dunia bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan IMTIHAN dihadapan-Nya kelak. Jika menuntut ilmu kerana IMTIHAN dunia semata, lantas ilmu tersebut tidak diamalkan pula, jangan lupa ketika IMTIHAN di akhirat kelak akan ditanyakan soalan tentang ilmu yang kita ada, kita amalkan atau tidak?
*****
~BintulQaryah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)