Topik yang agak berat ini tiba-tiba terlintas di fikiran sebaik sahaja kembali dari membeli belah barangan keperluan untuk sebulan di sebuah pasaraya berdekatan. Nampaknya jumlah debit bulanan semenjak aku kembali semula ke Mesir agak bertambah. Mungkin juga disebabkan revolusi rakyat Mesir pada Januari lalu yang menyebabkan kebanyakan harga barang dan perkhidmatan meningkat. Namun alhamdulillah, kenaikan jumlah debit bulan ini tidak berapa merisaukan..
MAHASISWA DAN KEWANGAN. Rasanya rata-rata mahasiswa institut pengajian tinggi tidak akan terlepas dari memikirkan soal perbelanjaan sepanjang tempoh pengajian. Apatah lagi bagi mahasiswa yang tidak tinggal bersama keluarga seperti di rumah sewa, asrama, kolej kediaman dan tentu sekali bagi mahasiswa yang belajar di universiti luar negara!
Seringkali kerisauan mengenai wang perbelanjaan ini akan timbul di pertengahan bulan lebih-lebih lagi apabila jumlah perbelanjaan yang dijangkakan melebihi jumlah peruntukan yang ditetapkan. Contohnya bagi seorang mahasiswa yang menetapkan perbelanjaan bulanan sebanyak RM 500. Contohnya bagi membayar sewa rumah, tambang bas/duit minyak, makan, kredit telefon bimbit, buku, tuisyen/kelas tambahan, dan berbagai - bagai lagi keperluan. Tetapi setelah dicongak segala keperluan bagi bulan itu, jumlahnya mencecah RM 700. Lagi RM 200, mana nak cari?? Ketika itu, akan terdengarlah rungutan seperti, "Mak oi, mana nak cari duit ni?" ataupun "Sewa rumah tak bayar lagi, poket dah kering," ataupun "susah betul jadi orang sengkek ni" dan yang paling selalu "Makcik kantin, hari ni boleh hutang tak? Saya dah pokai laa..". (^_^)
Bagi mahasiswa yang sentiasa berhati-hati dalam setiap pengeluaran wangnya, masalah kekurangan wang seperti di atas bukanlah satu masalah besar kerana kebiasaannya (mengikut pengalaman) mahasiswa sebegini akan mempunyai sistem backup bagi menampung segala perbelanjaan luar jangka. Contohnya dengan menggunakan wang lebihan peruntukan bulan lepas yang masih berbaki, ataupun dengan menggunakan sedikit peruntukan bulan hadapan dengan syarat perbelanjaan bulan hadapan dikurangkan mengikut jumlah yang digunakan pada bulan ini.
Namun persoalan pokoknya bukanlah menjurus pada JUMLAH PERBELANJAAN itu, tetapi pada TUJUAN PERBELANJAAN itu sendiri. Mahasiswa yang bijak merancang dan memilih (pendek kata bijak berfikir), akan tahu untuk membezakan antara keperluan dan kehendak. Jika diimbas kembali pada subjek Ekonomi Asas Tingkatan 4, KEPERLUAN itu membawa maksud segala barang atau perkhidmatan yang diperlukan manusia untuk meneruskan kehidupan seperti makanan, pakaian, dan tempat tinggal. Manakala KEHENDAK pula bermaksud segala barang atau perkhidmatan tambahan yang bertujuan untuk menyempurnakan lagi hidup manusia.
Bagi mereka yang bergelar mahasiswa, KEPERLUAN itu tentunya menjurus kepada segala perkara yang wajib ada bagi memastikan kehidupan sebagai seorang mahasiswa itu terjamin. Contohnya rumah/tempat tinggal. Sekiranya seorang mahasiswa itu tidak mampu membayar sewa atau yuran tempat tinggal lalu dihalau dan ditendang keluar, agaknya di mana lagi mahasiswa tersebut mahu berlindung? Buku-buku pengajian juga contohnya, ketika mana pelajar lain menggunakan buku edisi terbaru karangan penulis terhebat, mahasiswa tadi cuma memiliki buku edisi lama yang diwarisi dari ahli keluarga yang telah tamat pengajian. Alasannya, tiada wang untuk membeli buku edisi terbaru tersebut. Agaknya bagaimana mahasiswa tadi belajar dan mengulangkaji secara efektif? Justeru, itu yang dinamakan KEPERLUAN. KEHENDAK pula, jika dipandang melalui konteks kehidupan seorang mahasiswa, ialah segala bentuk perkara yang tidak mempengaruhi kestabilan hidup sebagai seorang pelajar. Pendek kata, tidak ada pun tidak mengapa. Contohnya, telefon bimbit model terbaru berharga ribuan ringgit, pakaian berjenama mahal lagi eksklusif, menonton wayang, clubbing, ataupun makan pada setiap hari di restoran mewah lagi berprestij yang pastinya menuntut angka bayaran yang bukan sedikit. Bagi mahasiswa bijak, perkara sebegini akan dielakkan sedaya upaya kerana mahasiswa bijak tahu bagaimana rupa dan kesan PEMBAZIRAN.
Firman Allah SWT...
Sabda Rasulullah SAW...
Justeru, mahasiswa perlu bijak berfikir dan menganalisa. Tugas sebagai seorang mahasiswa itu menuntut pengobanan yang sangat banyak, jadi apa salahnya sikap suka bermewah dan memenuhi kehendak yang tidak perlu itu dikorbankan demi kehidupan yang lebih terjamin? Berjauhan dari keluarga itu hakikatnya bukanlah lesen untuk seorang mahasiswa itu melakukan apa sahaja yang diingini sesuka hati, apatah lagi menghambur-hamburkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk pengajian ke tempat yang tidak sewajarnya. Bagi mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa, dermasiswa, zakat ataupun pinjaman, usah merasa seronok dengan wang ribuan ringgit yang diberi percuma kerana semuanya merupakan satu amanah yang terbeban di atas bahu kita semua, untuk tidak menghampakan harapan mereka yang mendambakan sebuah kejayaan dari kita.

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya” (Surah al-Isra', ayat 27).
Sabda Rasulullah SAW...
“Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu menderhaka kepada ibu, menanam anak perempuan hidup-hidup, enggan memberi (menyedekahkan) miliknya tetapi meminta-minta milik orang lain dan ditegah ke atas kamu tiga perkara, iaitu mengada-adakan cerita, banyak bertanya dan membazirkan harta.” (Hadis riwayat al-Bukhari).
Berhadapan dengan masalah kesempitan wang merupakan sesuatu yang akan merunsingkan fikiran. Masalah dalam pembelajaran sahaja sudah cukup untuk memeningkan kepala. Jika ditambah lagi dengan masalah kewangan yang melanda, pasti seseorang mahasiswa itu akan hilang tumpuan dalam pelajaran!!
Justeru, mahasiswa perlu bijak berfikir dan menganalisa. Tugas sebagai seorang mahasiswa itu menuntut pengobanan yang sangat banyak, jadi apa salahnya sikap suka bermewah dan memenuhi kehendak yang tidak perlu itu dikorbankan demi kehidupan yang lebih terjamin? Berjauhan dari keluarga itu hakikatnya bukanlah lesen untuk seorang mahasiswa itu melakukan apa sahaja yang diingini sesuka hati, apatah lagi menghambur-hamburkan wang yang sepatutnya dibelanjakan untuk pengajian ke tempat yang tidak sewajarnya. Bagi mahasiswa yang mendapat tajaan biasiswa, dermasiswa, zakat ataupun pinjaman, usah merasa seronok dengan wang ribuan ringgit yang diberi percuma kerana semuanya merupakan satu amanah yang terbeban di atas bahu kita semua, untuk tidak menghampakan harapan mereka yang mendambakan sebuah kejayaan dari kita.
*****
p/s : Pernah berhadapan dengan rakan-rakan yang mengalami masalah kewangan. Puncanya tidak lain tidak bukan kerana sikap gemar menghamburkan wang bagi membeli barang yang tidak termasuk dalam kategori KEPERLUAN.
Jom berjimat dan berhemat!!! (^_^)
~BintulQaryah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)