Promosi dan hebahan tentang program yang berlangsung hari ini telah beberapa lama aku ketahui. Andai sahaja aku masih berada di Kedah, mahu sahaja aku turut bersama mereka, menyaksikan pengkisahan semula tragedi tragis yang berlaku 22 tahun yang lalu.
Nama Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah bukanlah sesuatu yang asing bagiku. Aku akan melintasi kawasan sekolah ini setiap kali pulang ke rumah keluarga angkat di Jeniang, Sik. Lebih dikenali dengan gelaran Pondok Pak Ya, sekolah yang terletak cuma 4 batu jauhnya dari sekolahku (SMA Nahdzah) ini pernah aku kunjungi beberapa kali. Terletak di batu 16 Padang Lumat, Pondok Pak Ya juga seperti Pondok Pak Man (SMA Nahdzah) yang menjadi pilihan ibu bapa di sekitar Kedah bagi menghantar anak-anak mendalami ilmu agama.
Sejarah penubuhan bermula pada tahun 1910-an oleh
Tn. Hj Hussain Nasir atau lebih dikenali sebagai Tn. Hussain Kedah al-Banjari sebelum dikelola oleh
Tuan Guru Hj Yahaya Junaid (Pak Ya Junid) dan dirasmikan pada tahun 1942.
Selama hampir satu abad berdiri megah menongkati perjuangan menyebarkan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi,siapa menyangka bahawa di sebalik namanya yang harum, ada satu tragedi ngeri yang sehingga kini diingat dan dikenang bukan sahaja oleh pelajar dan bekas pelajar Pondok Pak Ya, tetapi juga oleh seluruh penduduk Kedah amnya.
Peristiwa kebakaran asrama puteri pada 22 September 1989, satu tragedi yang meragut nyawa 27 orang puteri dalam sekelip mata. Dalam api yang menjulang, tiada siapa yang mengetahui sekuat mana teriakan dan tangis mereka, berusaha untuk menyelamatkan diri dan satu sama lain. Masih ada goresan pilu di hati mereka yang turut sama merasakan nyalaan api membara, 22 September pada 22 tahun yang lalu. Hingga hari ini, peristiwa ngeri itu masih dalam ingatan seluruh warga Pondok Pak Ya. Malah hingga hari ini, masih ada ibu yang menanggung rindu, ayah yang menangis pilu, sahabat yang hilang teman dan guru yang hilang pelajar harapan.
|
Kehadiran orang ramai ke tempat kebakaran walau dalam keadaan hujan | | |
|
Suasana pilu...mengutip sisa-sisa tulang dan isi mangsa |
|
Suasana di tapak kebakaran |
|
Serpihan anggota badan mangsa....ALLAHUAKBAR |
|
Keratan akhbar berkenaan tragedi ngeri 22/9/89 |
27 puteri, syuhada' yang dikenang, sehingga sekarang nama mereka terus abadi dalam lipatan sejarah sebuah Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah. Di pusara mereka yang mengharum, terkubur bersama impian dan harapan yang kini menjadi doa yang dititipkan saban waktu.
|
Sek. Men. (A) Taufikiah Khairiah al-Halimiah, bt 16 Padang Lumat |
|
|
Usaha murni pihak pentadbiran Pondok Pak Ya bersama alumni sekolah mengadakan majlis memperingati tragedi ini, di samping menziarahi keluarga mangsa-mangsa kebakaran amat wajar diberikan penghargaan.
Al-Fatihah buat 27 Syuhada'...
p/s: Mengenang sebuah pemergian pilu yang tidak terjangka, sungguh mengajar aku untuk sentiasa bersiap sedia menerima detik kematian itu. Ya Allah..semoga jasad ini, hati ini, terus berada dalam rahmat-Mu..
~BintulQaryah~
Ana pernah stay kedah, Abah saya pernah mengajar kat Taufikiyah...
BalasPadamarwah tok wan saya adalah antara tenaga pengajar yang paling lama di situ....ustaz abdul latiff bin yatim......rindunya pada tok wan.... semoga rohnya tenang di sana
BalasPadamwalaupun tidak pernah belajar disana kerana saya org johor... tetapi sy tetap berasa sedih dgn pemergian mereka... kerana mungkin ader diantara mereka yg seusia dgn saya...
BalasPadamSedeh saya..innalillah..
BalasPadamSama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat kesemua syahidah ini, Moga roh mereka ditempatkan bersama hamba-hamba Allah yang dijanjikan syurga..
BalasPadamperistiwa ini berlaku sebelum saya lahir lagi.. apabila membaca kisah pondok pak ya ini... hati amat pedih dan pilu.... semoga roh mereka ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. amiiiin...
BalasPadamSedih bile tontom telemovie di tv..
BalasPadamdan tidak pernah tahu kisah ini..
Sayu hati...semuga roh mereka icucri rahmat ..Al-Fathihah..
Mengalir air mata tanpa drasai, ssunghnya sgla y brlaku trkandung ddlm rhsia Allah yg indah.. Al-fatihah
BalasPadamastro box offce buat lakonan semula sedih sgt..al-fatihah buat semua syuhada yg syahid
BalasPadamal fatihah..pilu nya hati dngar kisah ni..sedih yaallah...
BalasPadamsaya menonton astro 953 mengenai pondok pak ya sebentar tadi..sedihnya..terutama bila mereka menemuramah mangsa2 yg hidup..saya tingkatan satu masa kejadian berlaku dan bersekolah di madrasah al attas johor bahru..mereka telah tenang di sana...
BalasPadamTakdir Allah mengatasi segala galanya. Allah Maha Besar.
BalasPadamAnak bongsu saya lahir pd 22 september 2012.Sama tarikh dgn peristiwa yang menyayatkan hati.baru tadi tengok telemovie tentang peristiwa itu.Semoga anakku menjadi anak yang solehah spt para puteri syuhadak itu.
BalasPadaminshaALLAH, moga jadi anak solehah yg mampu menjadi tiket syurga untuk kedua ibubapanya. Amin.. :-)
PadamSedih sagat.saya bru tahu kisah ini.slpas tngok tlmovie tu,kakak ckp kisah benar.terus search google ;'(
BalasPadamSedih sangt ...x tbyg saat cemas ketika Dan saat tu ..al fatiha utk 27para syuhada
BalasPadamgenap 26 tahun teragedi al fatihah
BalasPadamGenap 25 thn la sy lahir dua sebelum hari kejadiaan .... al-fatihah utk yg terkorban dlm tragedi ini....
BalasPadamMoga ditempatkan bersama2 org yg soleh. ...
BalasPadamLpas tgok telemovie n dokumentari kat astro oasis tros google tgok rupe nye kisah benar.sedih sgat pas tgok n bace kisah d sblik tragedi 27 syuhadah nie.moga roh2 para syuhadah d tempat kn d syurga.al fatihah..
BalasPadamAir mata saya menitis bila tengok kisah para syuhada ini di astro oasis.Al Fatihah.
BalasPadamTersentuh hati apabila melihat dua para syuhada syahid sambil memeluk Al-quran :'( ..
BalasPadamSyukran jazilan, jazakumullahu khairan kathira atas komentar semua. InshaAllah, sama2 kita doakan semoga para syuhada' ini ditempatkan dalam kalangan hamba2 Allah yang soleh dan bertaqwa.
BalasPadamMari kita hadiahkan al-fatihah kepada mereka semua.
Salah seorang rakan sekelas saya Anisah Othman turut syahid dalam.kebakaran tersebut..kini diusia 42 tahun,kenangan manis bersama Anisah semasa di Sek Keb Teroi, Yan ,Kedah segar dalam ingatan..Semoga Anisah tenang bersama para syuhada..
BalasPadamAllahu..
PadamMoga asy-syahidah Anisah Othman diberi kasih sayang oleh Allah SWT. 'barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan jalan baginya ke syurga,' -hadis.
sama2 kita sedekahkan al-fatihah untuk para syuhada'.
Allahhuakbar. Ya allah ya tuhan ku. Tempatkan para syuhadah ini dan umat islam di syurga mu ya allah. Amin.
BalasPadamAssalamualaikum pemilik blog...Terima kasih kerana mengisi ruangan cerita 27 Syuhada'....akak tgh tonton cerita "Pondok Pak Ya"memaparkan kejadian di sebalik kebakaran pada 22 september 1989..sangat sedih ceritanya...jika diamati....bertuah para syuhada'....yg masih hidup sepaptutnya lebih bersyukur krn Allah bagi peluang utk jalani hidup dengan penuh keinsafan dari kejadian...mudahan mereka yang terlibat kini sihat belaka..Kirimkan salam kepada mereka yg sis kenali....dengan ucapan Assalamualaikum..
BalasPadamTersentuh hati nie bile tahu cite psl para syuhadah nie.....semoge roh mereka semue ditempatkan bersame dgn roh2 org yg beriman
BalasPadamAl-fatihah kepada para syuhada..aminn
BalasPadam