Selasa, 13 Mac 2012

~Jom ke Al-Azhar!~

            Sekitar minggu lalu, saya menerima sebuah pesanan ringkas dari seorang junior ketika masih belajar di SMAN dulu, bertanyakan itu ini tentang Mesir, dan tentunya juga tentang Al-Azhar yang disayangi ramai.. Pengalaman hidup saya di bumi sahara ini belum pun mencecah usia 2 tahun, tapi persoalan dan pertanyaan yang diutarakan oleh junior tersebut saya cuba jawab semampunya.



Cara memohon ke Universiti Al-Azhar?

            Borang permohonan akan dikeluarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Biasanya boleh didapati di sekolah masing-masing. Untuk adik junior tersebut, bolehlah tanyakan pada Ustaz Muaaz, PK 1 SMA Nahdzah.. (erk, kirim salam kat ustaz/ustazah semua..) 

Syarat permohonan?

            Untuk jurusan Pengajian Islam, pemohon hendaklah sekurang-kurangnya memperoleh pangkat Maqbul dalam Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Opps, adik junior saya tidak menduduki STAM, sebaliknya selepas tamat SPM terus memasuki pengajian matrikulasi di UIAM. Ada cara untuk mohon jurusan Pengajian Islam di Al-Azhar tak? Ada sesiapa tahu?



Imtihan Qabul?

            Adik junior saya terkeliru dengan sebuah artikel tentang Imtihan Qabul yang dibacanya dalam sebuah blog. Artikel itu, ditulis beberapa bulan sebelum saya menjejakkan kaki ke bumi Mesir ini sendiri. Jadi, yang boleh saya katakan ialah, proses Imtihan Qabul yang tertulis dalam artikel tersebut agak berbeza dengan Imtihan Qabul yang saya dan sahabat-sahabat lalui pada September 2010. Untuk Imtihan Qabul sesi 2011, seperti biasa bermacam-macam versi cerita timbul sebelum Imtihan Qabul dilaksanakan. Tetapi pengakhirannya, prosesnya tetap sama seperti apa yang dilaksanakan pada tahun sebelumnya. 

            Pada tahun 2010 dan 2011, Imtihan Qabul diadakan di bangunan Kuliah Ulum Islamiah, Universiti Al-Azhar, Kaherah, bukannya di Malaysia. Tetapi, untuk tahun 2012, pihak Al-Azhar sendiri belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung tempat pelaksanaan Imtihan Qabul. Oleh itu, tunggu dan lihat sahaja dulu. 

Bangunan Kuliah Ulum Islamiah, juga bangunan di mana pelajar akan menduduki peperiksaan Imtihan Qabul serta menjalani pengajian Matrikulasi Bahasa Arab selama setahun. 
            Seperti yang para pelajar ketahui juga, mana-mana pelajar yang lulus Imtihan Qabul ini akan terus memasuki kuliah Tahun 1 dalam jurusan yang dipohon (Syariah Islamiah/ Usuluddin/Lughah Arabiah). Manakala pelajar yang gagal (seperti saya dahulu) akan memasuki Matrikulasi Bahasa Arab Al-Azhar selama setahun, dibawah bimbingan tenaga pengajar yang mahir, berpengalaman dan baik hati belaka. Selepas setahun, insyaAllah jika lulus peperiksaan terakhir bolehlah memasuki kuliah Tahun 1 dengan hati yang bahagia..  

   Bentuk soalan Imtihan Qabul? Ada 4 bentuk soalan kesemuanya, dan dijawab dalam tempoh 2 jam. 

1) Qiraah (membaca) : 2 soalan
  -1. Soalan pemahaman. Ada petikan dan ada soalan. Baca soalan dan jawab petikan. Macam soalan pemahaman SPM.. 
  -2. Baca teks petikan (lisan). Pengawas peperiksaan akan beri satu petikan dan pelajar hendaklah membaca petikan tersebut dihadapan pengawas untuk dinilai. Petikan yang diberikan tidak berbaris, jadi perkara utama yang dinilai tentulah kebolehan pelajar untuk membaca petikan tersebut dengan sebutan dan baris yang tepat. Fathah ke..dhommah ke..majrur ke.. 

2) Kitabah (menulis) : 2 soalan
  -1. Isi tempat kosong, buat ayat (jumlah mufidah) dan soalan berkaitan ilmu Nahu Sarf.
  -2. Menulis karangan. Pelajar diberikan lebih kurang 2 pilihan soalan. Pilih satu dan tulis karangan mengikut jumlah kalimat (perkataan) yang ditetapkan.

3) Istima' (mendengar) : 2 soalan
  -1. Jawab soalan berdasarkan petikan yang dibacakan oleh pengawas peperiksaan. Pelajar hendaklah menjawab soalan SELEPAS pengawas selesai membacakan petikan. Formatnya lebih kurang sama dengan bentuk soalan Listening dalam peperiksaan MUET.
  -2. Imla'. Seperti biasa, pengawas peperiksaan membacakan teks/ayat, dan pelajar dikehendaki menulis ayat/teks yang dibacakam pengawas. 

4) Muhadasah (perbualan) : 1 soalan
  -1. Pengawas peperiksaan akan bertanyakan soalan kepada pelajar dengan konsep perbualan. Lebih kurang ujian lisan SPM dan ujian syafawi STAM juga. Tentunya dalam Bahasa Arab!

Yuran pengajian

           Kadar yuran berubah setiap tahun. Jadi saya tak berani lah nak menyebutkan berapa jumlahnya. Tapi, bagi pelajar jurusan pengajian Islam tak perlu risau, kerana kadar yuran yang ditetapkan biasanya adalah sangat-sangat murah. Tak mencecah ribu-ribu pun. Pengalaman saya untuk sesi 2011/2012 ini, jumlah yuran keseluruhan (yuran pendaftaran/kad pelajar/pengesahan pengajian/medical check up) tak sampai pun LE 200 (lebih kurang RM 110). Kitab-kitab pengajian juga boleh didapati dengan harga murah. Tak perlu risauu..!


Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab (mabna qadim), Universiti Al-Azhar  Lil Banat, Kaherah

Kos sara hidup

            Bergantung dengan gaya hidup dan tahap penjimatan kita. Kalau tinggal di asrama pelajar (saya tinggal di Wisma Yayasan Sabah Kaherah!), sewa rumah mungkin agak murah berbanding dengan menyewa rumah milik warga Arab di samping keselamatan dan kebajikan lebih terjamin kerana adanya Badan Kebajikan Anak Negeri di asrama-asrama pelajar tersebut, contohnya Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) dan Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).

            Selain dari kos sewa rumah, kos-kos yang lain ialah bil elektrik (kongsi dengan housemate), duit dapur (kongsi dengan housemate juga), tambang pergi balik kuliah, duit poket (kot-kot teringin nak makan nasi firakh mashwi!) dan perkara-perkara luar jangka lainnya. Tapi tak perlu risau, kerana selagi mana kita tahu dan sedar tentang status kita sebagai pelajar, kita akan mampu untuk menguruskan perbelanjaan harian/bulanan dengan sangat baik. Lainlah kalau memiliki high-taste life style, gemar shopping sana-sini, pakai barangan well-branded, KFC/Welatain/Pizza Master tiap-tiap minggu, memang akan sesak nafas tiap hujung bulan!          

            Lagi satu, bahan-bahan mentah di Mesir ni (terutamanya sayuran dan buahan) dijual dengan harga yang murah. Lebih murah dari harga semasa di Kota Belud :-) . Jadi, hal ehwal makanan di Mesir ni, tak perlulah risau yaa, sebab kalau dalam keadaan sempit pun, InsyaAllah ada sahabat-sahabat/kakak/abang yang sudi menghulur bantuan.. 

Tajaan biasiswa/dermasiswa pusat zakat

            Pelajar bolehlah mencari inisiatif, mengajukan permohonan kepada pihak-pihak yang sepatutnya. Dapat atau tidak tajaan itu, bergantung pada rezeki masing-masing kan.. Kadar biasiswa adalah berbeza mengikut pihak penaja itu sendiri. Tapi, jangan lupa pula, bila dah ada pihak yang bermurah hati untuk menaja pengajian kita, jangan disalahgunakan pula wang tajaan beribu-ribu itu ke tempat atau perkara yang tidak sepatutnya. Manfaatkanlah sebaiknya untuk memastikan pengajian kita berjalan dengan lancar. 

            Ok, persoalan terjawab? Kalau musykil lagi, just feel free to drop any questions! InsyaAllah saya akan cari dan beri jawapan sebaiknya..

            Jom ke Al-Azhar, kami nantikan pelajar baru sesi 2012/2013!
  

46 ulasan:

  1. salam..akak tahu x pelajar2 yang pergi under islamic medic di universiti al-azhar..? tahun ni dia baru nak hantar pelajar ulum islamiah..akak rasa ok x islamic medic ni..? terima kasih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Adik نورالسكينة,

      Maaf lewat balas, Akak jarang buka blog. hee~

      Ok, actually Akak tak berapa jelas, soalan Adik tentang Islamic Medic ke, atau Ulum Islamiah? Sebab kedua-duanya bidang pengajian yang berbeza.

      >Bidang perubatan Uni. Al-Azhar = Perubatan + pengajian islam.
      Maksudnya, Adik akan belajar ilmu-ilmu perubatan DAN ilmu-ilmu islam yang lain (cth: tauhid) termasuklah menghafal Al-Quran. Tak sama seperti bidang perubatan di universiti2 lain yang mengajarkan ilmu perubatan SAHAJA. So, Adik SANGAT2 beruntung@bertuah kalau belajar bidang perubatan di Al-Azhar. 2 dalam 1, tak gitu? =)Kalau Adik tanya Akak ok @ tak, Akak jawab OK SANGAT2!

      >Ulum Islamiah = Ilmu-ilmu Islam.
      Menggabungkan subjek2 yang diajarkan dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Bahasa Arab (3 dalam 1), sistem pembelajaran yang agak berbeza dengan pelajar pengajian Islam biasa (Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab).

      Harap2 terjawablah segala persoalan yea.. kalau tak faham, tanya lagi ek..=) Datang sini hujung tahun ni ke? Kalau ambil bidang Ulum Islamiah, boleh la geng dengan adik Akak..

      p/s : btw, nama kita sama laa.. =)

      Padam
  2. assalamualaikum kak.. kalau nak pergi sana, kena buka akaun bank mana ye.? terima kasih.. :)

    BalasPadam
  3. waalaikumussalam.. adik deena yasmin, sbelum dtg ke mesir, sbaiknya buka akaun bank HSBC atas sebab adanya cawangan2 bank HSBC d sekitar Kaherah sendiri. kalau buka akaun bank lain, mungkin akan mnghadapi kesukaran pd masa2 trtentu.. tq.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum kak, blh akak terangkn skit,mcm mane ujian AQ di Al Azhar?

    BalasPadam
  5. Slm.kos sara hdup tmasuk pngajian d mrkz lughah.mknminum.tmpt tnggal.tmbang ke kuliah dlm brapa ?

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, saya ingin bertanya hanya kuliah ulum islamiah yg terletak di Masjid Az-Zahra'...bukan dkat Masjid Azhar As-syarif...?dkt ke jauh antara 2 masjid ini?....yuran bulanan@tahunan bape?...utk ulum islamiah ,lepasan guna sijil SPM boleh,kan?....klau nak sambung Master,mcm mana?...kna teruskan kuliah ulum islamiah @ boleh tukar kuliah?....klau bley bg xplanation lebih lg....harap balas segera...sukran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam...

      Kuliah ulum Islamiah terletak di Masjid Zahra', dalam kawasan Universiti Al-Azhar Jadid (kompleks baru) di Hayyu Sadis. Manakala Masjid Azhar As-Syarif terletak di kompleks lama di Hussin. Jaraknya agak jauh jugak. Dari kuliah Ulum Islamiah ke masjid Azhar Syarif di Hussin kena naik bas 2 kali (setahu sayalah). Yuran setahun untuk kuliah Ulum Islamiah adalah USD 1000 untuk setahun pengajian (setakat yang saya maklum dari adik saya yang juga ambil Ulum Islamiah).Untuk jurusan ni, memang boleh guna sijil SPM. Kalau nak sambung master, apa yang saya tahu, kenalah ikut jurusan asal. Contoh, BA Ulum Islamiah, MA pun kenalah Ulum Islamiah. Harap membantu. TQ.

      Padam
  7. salam...saya spm 2011...skiranya saya ingin memohon untuk sambung ulum islamiah guna Spm boleh tak??macam na caranya??saya nak cuba pohon untuk tahun depan...mohon penjelasan ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Adik Tanpa Nama,
      InsyaAllah, syarat asas untuk memasuki kuliah Ulum Islamiah adalah dengan sijil SPM. Caranya dengan mendapatkan borang permohonan kuliah Ulum Islamiah Universiti Al-Azhar dari laman web Kementerian Pengajian Tinggi, isi dan hantar kepada mereka semula. Adik juga bolehlah risik-risik ke Pusat Zakat negeri Adik (contoh :Pusat Zakat Sabah), kalau-kalau ada yang boleh membantu dalam urusan permohonan Adik nanti. Harap membantu, syukrann.. :-)

      Padam
  8. owh macam tu...saya orang sabah kak...asal semporna...saya berminat sangat nak msuk ulum islamiah...mnat sangat dalam p.islam...permohonan tahun ni saya tak tahu..saya terlepas...so,saya nak cuba pohon untuk tahun hadapan...insyaAllah...saya guna Spm,dia tkkan tanya tentang stam tak???sbab skrg sya skrg study dip. p.islam..???mohon respon ya kak???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooh, orang Sabah bah pulak ni... :-)
      Untuk kuliah Ulum Islamiah, memang dia nda akan tanya pasal STAM pun. Kalau ada bonus lah, kalau nda ada, insyaAllah nda apa2 ja. Tapi, rasanya syarat utama kemasukan tu, mesti ada ambil Syariah, Quran Sunnah dan B.Arab Tinggi time SPM. InsyaAllah, kalau ada, tahun depan cuba rujuk dengan Pusat Zakat Sabah (bahagian dermasiswa). Pihak PZS akan uruskan semua termasuk borang permohonan, visa, tiket penerbangan dan dermasiswa PZS. Moga maklumat ni membantu. insyaAllah, kalau dapat mohon untuk tahun depan, bagitau kakak ya. seronok ja bila dengar ada pelajar dari Sabah yg berminat mau study di al-Azhar. kami tunggu.. :-)

      Padam
  9. ya orang sabah kak...anak jati...sya lpasan SMKA...erm,tmasuk borang permohonan???tp borang permohonan kena daptkn kt lamn web JPT kan???cuma biasiswa visa n tiket dri pzs jak???macm tu ka???i'll try nak pohon utk thun depan...mna taw rezeki..insyaAllah...mnat sangt dngn bdang ulum islamiah...saya nak taw jgak cara n proses permohonan ni dngn lbih jlas..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau lepasan SMKA, ngam betul la suda tu, :-)

      Ok, macam ni la.

      1) Lepas keluar keputusan SPM tahun depan, terus berhubung dengan bahagian pendidikan/dermasiswa PZS, dan tanya tentang prosedur permohonan ke kuliah Ulum Islamiah.

      2) Biasanya, dorang akan bagi borang JPT, borang permohonan dermasiswa PZS dan borang tiket. Kalau dorang nda bagi borang JPT tu, download ja dari laman web JPT, 2 set.

      3) DAN, mohon juga untuk Biasiswa Ulum Islamiah dari Yayasan Sabah. Tapi, kalau dah dapat Yayasan Sabah, PZS cuma akan bagi tiket penerbangan sahaja. Jangan risau, sebab Yayasan Sabah ada link dengan PZS.

      4) Berurusan dengan PZS ni, akak rasa satu kemestian. Sebab, PZS akan sediakan tiket penerbangan PERCUMA, dan semua pelajar Sabah yang sampai ke Mesir MELALUI PZS, akan dibantu dari segi penempatan (rumah), pendaftaran kuliah, dan kebajikan oleh Badan Kebajikan Penuntut Sabah Mesir (BKPSM) yang bernaung dibawah PZS ni. Pendek kata, semua urusan selepas sampai ke Mesir ni, ada yang akan membantu. (promo BKPSM jap..hehe)

      5) Apapun nanti, hubungi PZS, tanyakan prosedur, dapatkan borang, dan ikut semua arahan dari pegawai PZS yang bertanggungjawab dalam urusan permohonan nanti. Pasport kena buat awal, dan bab-bab dokumen yang diperlukan ada tertulis dalam borang permohonan nanti.

      Semoga membantu ya dik..hehe..

      p/s: emm, kalau rajin dan mahu, add fb akak ya ( http://www.facebook.com/nurussakinah.melih ) akak jarang bukak blog ni, nak exam dah. Kalau ada soalan lagi, pm ja di fb tu, insyaAllah akak jawab, okay.. :-)

      Padam
  10. assalamualaikum...sya nk tnya..saya ambil spm tahun 2009..tak mmpunyai basic bahasa arab...sya masih boleh apply untuk memasuki STAM tak..??sbb sya minat sangat nk ke universiti al-azhar dan menyambung pengajian di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam warahmatullah...
      Untuk penjelasan lanjut, sila baca entri baru saya di;
      http://bintulqaryah.blogspot.com/2013/04/jom-ke-al-azhar-2.html.

      InsyaAllah Syihab Educonsult dapat membantu anda!
      :-)

      Padam
  11. salam ...sya nk tnya skit ni...pa ja kos yg universiti azhar tawarkan tuk lepasan stam??bleh bgitau x kos yg pling jrangorg amik dn slalu org amik...trima kasih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wkumsalam sdra Abdul Muhaimin,

      Utk lepasan STAM, course yg dtawarkan adalah,

      1) Bahasa Arab
      2) Usuluddin
      3) Syariah Islamiah
      4) Syariah Wal Qanun
      5) Dirasat Islamiah
      6) Dakwah

      Maaf, saya kurang pasti tentang bidang yg jarang & selalu org ambik. Mungkin boleh bertanya ke http://al-azhar-university.blogspot.com/ utk maklumat selanjutnya. Asifni jiddan2, :-)

      Padam
  12. Assalam..mcm mana nak sambung master di mesir? Darul ifta'/ al-azhar/u.cairo? Yg mana yg mudah sikit? Mcm mana nak apply? Tolong ye,sy xtahu nak tanya sape dah..syukron..

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.facebook.com/pages/Syihab-Educonsult/298045390321434?group_id=0

      Padam
  13. Assalamualaikum...boleh x sambung master di mesir dgn menggunakn ijazah drpd universiti selain al-azhar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. https://www.facebook.com/pages/Syihab-Educonsult/298045390321434?group_id=0

      Padam
  14. assalamualaikum..
    ana nak tanye,, erm kos sara hidup dekat sane tinggi tak ?? ustaz & ustazah
    sngat galakkan pergi mesir tapi yang buat ana risau skarang kos nye..sbb ktenye kos sara hidup dh naik lg pula ssah nak dpat tajaan.. hrap dpat pnjelasan.. syukran..

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum...

    Anak saya lepasan SPM..bercadang nak ambil Ulum Islamiah..

    Yuran InsyaAllah tak de masalah ...tapi kos lain ..

    tawaran dari Akademi AlAquran-Medic (AQM) ..Yuran + Kos = RM68,300.

    minta pandangan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Saya sudah pm Puan di facebook.

      Padam
  16. Assalamualaikum, mohon terima ana sebagai friend di FB. terima kasih.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum, kalau ada sesiapa yg tiada asas bahasa arab dan ingin sangat sambung ke Al Azhar boleh masuk ke Maahad Buuth Al Islami Al Azhar. Buuth Islami terbuka kepada semua lapisan masyarakat. Untuk maklumat lanjut sila ke http://www.syihab-educonsult.blogspot.com/
    Kepada kakak owner blog, jangan marah ye kita share page orang lain kt sini. Terima Kasih, Assalamualaikum :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Tuan Tanpa Nama,

      sangat dialu-alukan.. syukran.

      Padam
  18. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, saya bakal menyambung pengajian ulum Islamiah pada bulan 9(2013) tahun ini. Saya ingin bertanya tentang barang2 persiapan ke Mesir seperti laptop dan anggaran kos pengangkutan sebula. Jazakallah~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Saudari Hafiza,

      Boleh add saya di facebook : Nurussakinah Melih. Kita sembang panjang kat sana.

      Padam
  19. Salam kak, sy muhammad habib. Mintak jasa baik add sy kat fb atau bg link akak. Bertimbun soalan yg nak dihadiahkan hehe. Sy p sept ni. habib_habeep@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam..

      Boleh add akak kat fb : Nurussakinah Melih

      Padam
  20. Salam alaik..maaf bertanya..apa lg jurusan yg dtawarkan di al azhar selain b.arb dan pengajian islam untk lpasan stam??dan cra memohon.saya tnggal di kdh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam. Utk lepasan STAM, ada jurusan pengajian Islam sahaja, iaitu Syariah Islamiah, Usuluddin, Bahasa Arab, Dakwah Islamiah (lelaki sahaja), Dirasat Islamiah (lelaki sahaja). Untuk jurusan Ulum Islamiah, lebih prefer keputusan SPM, dan untuk jurusan Qiraat untuk pelajar Tahfiz.

      Maalish sebab lambat reply.
      Semoga membantu.

      Padam
  21. Assalamualaikum..ada mana2 universiti di mesir yg terima ijazah sarjana muda dari malaysia utk buat master di sana?
    Pengajian islam..spt fiqh..

    Syukran.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum, Kak Sakinah. Saya pelajar SMKA lepasan SPM 2013, tp sekarang menyambung Diploma Usuluddin 2 tahun (2014-2016) di Kolej Swasta...Jadi, saya ingin mengambil Ulum Islamiyyah...Soalan saya sempat x nak mengambil Ulum Islamiyyah di Al-Azhar pada tahun 2017...(sbb pertengahan 2016, masih praktikal + Konvo Diploma)...ada yg kata sijil SPM x boleh lebih 3 tahun. Tapi, adakah tahun sijil SPM dikira sewaktu tahun keluar @ tahun menduduki exam SPM 2013 @ Dari kiraan 2014 ? ...(harap dapat beri penjelasan @ ditanya kpd sesiapa pelajar Azhar lain yg lebih faham)...

    BalasPadam
  23. Dan jika menggunakan Diploma Usuluddin IPTS, adakah dibenarkan ditambah dgn Sijil SPM (SMKA + Ada subjek Arab) ...?

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum kak, sy lepasan SPM S.Menengah biasa, dan bakal mendaftarkan diri ke Kolej University Islam Perlis dalam syariah, soalan sy, jika CGPA sy cemerlang adakah sy boleh menyambung pengajian sy ke University Al Azhar??

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum kak, sy lepasan SPM S.Menengah biasa, dan bakal mendaftarkan diri ke Kolej University Islam Perlis dalam syariah, soalan sy, jika CGPA sy cemerlang adakah sy boleh menyambung pengajian sy ke University Al Azhar??

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum saya nak tanya.. kos bahasa arab ada tak lepasan spm? Sebab saya tak amek stam..

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum saya nak tanya.. kos bahasa arab ada tak lepasan spm? Sebab saya tak amek stam..

    BalasPadam
  28. Kos pengajian islam ade x untk lepasan spm sbab saya x amek stam? And kebiasaannya ke sana bulan berapa ye? Memang kena bukak buku balek la ni ye😀

    BalasPadam
  29. Salam
    Saya ingin berhubung dengan pelajar yang sedang belajar di Ulum Islamiah sekarang. Boleh bantu.

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum warahmatullah..

    Kepada pembaca-pembaca blog Bintulqaryah (pembaca entri Jom Ke Al-Azhar khususnya), boleh ajukan terus soalan anda ke facebook saya (Nurussakinah Melih).

    InsyaAllah saya akan cuba jawab kemusykilan anda mengikut kemampuan saya.

    Saya berada di tahun akhir pengajian saya, dan saya juga admin bagi blog rasmi persatuan. Justeru saya tidak mempunyai cukup masa untuk membalas pertanyaan-pertanyaan anda semua di sini. Sekali lagi, mohon private message terus ke facebook saya (Nurussakinah Melih).

    Jazakumullahu khairal jaza'.
    BintulQaryah

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum admin, tumpang iklan ya..mungkin ada pembaca yg berminat..terima kasih, assalamualaikum.

    Salam Kejayaan,

    BERMINAT PROGRAM PENGAJIAN ISLAM DI MESIR DAN INDONESIA??

    =======================================================================

    PELUANG UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN DILUAR NEGARA!

    =======================================================================

    SIAPA KAMI?

    ZARA ZAKIAH CONSULTANT (SA0233111-T) merupakan sebuah agensi 100% milik bumiputra muslim yang berusia hampir 10 tahun dalam membantu pelajar dan ibu bapa untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.

    =======================================================================

    TAWARAN BERSYARAT UNTUK LEPASAN SPM/SPTM/STAM BAGI MELANJUTKAN PENGAJIAN DALAM BIDANG PILIHAN ULUM ISLAMIYAH/USULUDDIN

    =======================================================================

    Antara negara dan universiti pilihan serta program yang disediakan adalah:

    1) IJAZAH SARJANA MUDA ULUM ISLAMIAH DI MESIR (Al Azhar University)
    Syarat kelayakan : Lulus SPM & minimum B dalam matapelajaran BAHASA ARAB, PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNAH, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH

    2) SEKOLAH MENENGAH AL AZHAR (MAAHAD BUUTH UNIVERSITI AL AZHAR DI MESIR)
    Syarat kelayakan : Merangkumi semua peringkat umur atau melebihi 14 tahun dan ke atas, TIDAK PERLUKAN SPM @ STAM
    Kelebihan : Setelah tamat pengajian, berpeluang meneruskan pengajian IJAZAH SARJANA MUDA di Universiti Al Azhar, Mesir

    3) IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DI INDONESIA
    (Program studi : PERBANDINGAN AGAMA@ILMU AQIDAH@AL QURAN & TAFSIR)
    (Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau (UIN SUSKA))
    Syarat kelayakan :
    Lulus SPM & Credit dalam matapelajaran BAHASA ARAB, PENDIDIKAN AL-QURAN DAN ASSUNAH, PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIYAH
    Yuran Pengajian : Rp3.2 juta ( RM1000 ) untuk 1 Semester

    4) Bengkel Persediaan Imtihan Qabul Sesi 2017
    Tarikh : 10-11 Jun 2017 (2H1M)
    Tempat : Pejabat urusan Zara Zakiah Consultant
    TERHAD kepada 20 peserta terawal SAHAJA


    Bagi pelajar dan ibu bapa yang BERMINAT, boleh hubungi/wassap wakil consultant kami, MOHAMMAD NAZRIN di talian 011-14799976 untuk mengetahui lebih lanjut tentang usaha sama ini.

    Salam Kejayaan daripada,
    DREAM HIGH, STUDY ABROAD!
    ZARA ZAKIAH CONSULTANT

    Permohonan online: https://goo.gl/forms/rPUZ5RUgKDnPRQnt2
    Website: https://zarazakiah.com.my
    Facebook: https://www.facebook.com/studyzzc/
    Alamat pejabat: No. 8-01, Jalan BM 2/6, Bandar Bukit Mahkota, 43000 Bangi, Malaysia.

    BalasPadam

Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...