-Kata orang dulu-dulu, memelihara sekandang lembu lebih mudah daripada menjaga seorang anak gadis..
#Tak percaya.. mana boleh bandingkan anak gadis dengan lembu. Anak gadis ada akal, boleh berfikir sendiri. Lembu mana ada akal? Kita suruh makan, lembu makan. Kita suruh jalan, lembu jalan. Anak gadis tak, anak gadis cerdiiikkk belaka..
-Kerana anak gadis ada akallah, maka susah untuk menjaga anak gadis. Kita suruh duduk rumah, bukan semua anak gadis boleh patuh. Kita suruh jaga maruah, bukan semua anak gadis boleh akur. Semua pun nak ikut tuntutan akal sendiri.
#Baguslah kalau ikut tuntutan akal. Asah kebolehan berfikir...
-Masalahnya kalau ikut tuntutan akal yang tidak berpandu iman, ikut kehendak akal yang tidak dikawal taqwa..kan susah..
Betul, tambahan lagi gadis-gadis sekarang tidak seperti gadis-gadis dahulu. Kemajuan dan kepesatan pembangunan dunia benar-benar telah merubah gadis-gadis kita. Kalau dahulu elok santunnya, lembut perinya. Kini gadis-gadis kita, kerana pengaruh semasa yang merubah cara hidup dunia, bagai batu di atas gunung. Jatuh tidak tertampung, bergolek tidak terbendung, pecah pun tidak terhitung. Oh gadis-gadis.. Muslimah solehahkah?
~Aduhai muslimah, mahukah kau jadi solehah?
>Yaa... tentu sahaja aku mahu.
~Tahukah kau bagaimana caranya?
>Yaa... tentu sahaja aku tahu.
~Bagaimana?
>Taat pada Allah, Rasul, ibu bapa..
~Itu sahaja??
>Ada lagikah?
~Tentu..
>Apa lagi?
~Mahu tahu?
>Iya..
~Jangan sebarangan...
Wahai muslimah!
Jangan sebarangan dalam pergaulan. Sahabat itu cerminan dirimu. Cantik akhlaknya, cantiklah akhlakmu. Ibarat berteman dengan si pembuat minyak wangi, dirimu juga akan turut sama berbau harum. Namun jika berteman dengan si tukang besi, tidak mustahil tempias bara besi itu terpercik kepadamu. Teman sejati itu yang bila kau pandang sejuk hatimu. Yang menegahmu berlaku sumbang, menghalangmu bertingkah tempang. Bukannya ketika kau tersadung di jalanan, teman itu cuma memerhatikan. Pergaulan tidak salah, namun khilaf besar andai kau melewati batas sempadan yang sepatutnya. Berurusan dengan kaum Adam tidak ditegah, asalkan urusan itu tidak menyalahi fitrah dan tidak mengundang fitnah.
Jangan sebarangan berpeleseran. Kau insan yang diciptakan dengan kelembutan dan kecantikan. Seharusnya kau jadi bagai mutiara di dasar lautan. Dapatnya susah, pandangnya payah. Namun andainya kau lazimkan keluar rumah tanpa urusan, apa lagi nilainya mutiara yang sudah tercampak ke tepi jalan? Dengan kecantikanmu, bukankah mudah untuk kau menjadi fitnah? Keluarlah dengan berteman. Nescaya terjamin kesejahteraan dan keselamatan. Kiranya kau biasakan juga rayaumu yang tidak tentu hala, "Anak si fulan itu keluar rumah malam-malam mahu ke mana?" Kata mereka yang memerhati. "Di sana ada gadis cantik berjalan seorang diri, mari kita dekati." Kata mereka yang berpenyakit hati.
Jangan sebarangan dalam berpakaian. Lumrah nurani wanita mahu kelihatan jelita. Tapi persoalannya kejelitaan itu untuk siapa? Cukuplah dengan keayuan wajahmu yang menggegarkan jiwa, mengapa perlu dikenakan lagi pakaian dan perhiasan yang menarik pandangan mata? Muslimah itu imejnya istimewa. Syara' menjadi pakaian dan malu menjadi hijab setia. Ketika mana kau menyarung pakaian bergemerlapan dengan perhiasan bergemerincingan, ditambah lagi dengan olesan warna-warni pada wajah mulusmu itu, tidakkah kau merasa kekok menjadi tontonan segenap buana yang riang menyaksikan pertunjukan percuma? Tidakkah kau merasa jelik melihat mata-mata berpenyakit yang menjalarkan pandangan ke segenap tubuhmu yang menarik? Cukuplah kejelitaan dan keayuan itu kau pertontonkan buat si dia yang layak dan berhak..ketika mana saat dan ketikanya tiba.
Jangan sebarangan bertutur kata. Lenggok suaramu sudah cukup lunak untuk menjadi halwa telinga sang Adam yang mendengarnya. Bagaikan si tiung yang merdu bernanyi, tuturanmu juga ibarat alunan seruling merdu dari bilahan buluh perindu, jadi idaman satria-satria yang merindukan suara halus bagai bayu yang berpuput mesra. Untuk apa lagi dilagu-lagukan tuturan? Dan untuk apa pula diiramakan meski sekadar sedikit persoalan? Cukuplah kau tegaskan tiap apa yang terlahir dari kedua bibirmu. Bukan mengajarmu untuk menengking dan menyergah, namun mendidikmu untuk membiasa-biasakan nada. Agar tiada hati-hati lompang yang tertarik hanya kerana gemersik suara yang menawan sukma. Dan berhati-hatilah juga ketika kau meluah kalimah. Jauhilah kata-kata kesat yang melalaikan, hindarilah butir bicara kotor yang merosakkan. Alangkah bagusnya jika tiap yang terbit dari lidahmu itu untaian pujangga hikmah, bukan umpatan mahupun fitnah yang memincangkan ummah. Makian dan cacian itu, bukanlah jalan penyelesaian termudah, melainkan racun berbisa yang mampu menghilangkan sinar murni seorang muslimah mukminah.
Jangan sebarangan melirik mata. Renunganmu yang tajam itu bagai belati yang menikam ke ulu hati, bisa menggoda jiwa-jiwa manusia dengan hanya satu kerdipan sahaja. Tundukkanlah pandanganmu wahai muslimah. Usah diliarkan pandanganmu ke sini sana, mencari bahan tontonan yang mungkin sahaja merosakkan kebaikan dan pahala. Apatah lagi menyaksikan sandiwara dunia yang dihiasi segenap dusta dan tipu daya. Perhatikanlah sesuatu yang mendatangkan faedah, mengisi jiwa, memperbaiki tingkah dan menambahkan cinta padaNYA.
Andai sahaja bumi bisa bicara, ingin kutanyakan pada bumi.
~Bagaimana tingkah gadis-gadis yang berpijak di datarmu itu? Menyenangkan hati? Atau...?
Tapi aku takut ini jawapan bumi..
~ Majoriti membuat aku sedih. Mereka terlalu sebarangan. Hingga tidak lagi kelihatan nilai maruah yang sepatutnya menjadi kebanggaan..

>BintulQaryah nak jadi muslimah solehah. Anda semua bagaimana?< |
*****

>Ni pulak sahabat-sahabat BintulQaryah. InsyaAllah..semua pun towards MUSLIMAH SOLEHAH!< |
~BintulQaryah~
wah wah wah..nice entry my ukhti..heee
BalasPadambetul 2..jom jadi muslimah solehah! ^__^
p/s:mahal 2 gambar 2.syukran awi..luv u..uhibbuk..^____^
hehe..thanks a lot.. betul3.. jom jadi muslimah solehah.. :-)
BalasPadamp/s: gambar cilok nie.. kekekeke...
alhamdulilah memang menarik entry ni..untuk kesedaran bersama...
BalasPadamAlhamdulillah.. syukran atas ziarahnya ya CIK TOM.. :-)
BalasPadamSalam..bintulqaryah caranya supaya istiqamah dlm menjaga pakaian kita?saya sebelum ni biasa saja namun skrg alhamdulillah Allah sampaikn doa saya agar menjaga dan beringat tentang aurat.harap bintulqaryah dapat beri tips kpd saya. :)
BalasPadamWaalaikumussalam ct teyhah..
PadamAlhamdulillah, syukur kerana Allah perkenankan doa untuk sentiasa memelihara aurat dan maruah sebagai seorang muslimah.
Untuk tetap istiqamah dalam memelihara aurat dan maruah sebenarnya tidaklah terlalu susah, yang penting kena kuatkan tekad dan semangat.
1) Niat menutup aurat kerana Allah Ta'ala semata-mata.
2) Letakkan maruah dan peribadi kita di standard yang tinggi. Means, aurat dan maruah kita adalah suatu perkara yang sangat berharga, bukanlah bahan tontonan murah untuk diperhatikan orang ramai.
3) Tanamkan rasa malu yang tebal dalam diri. So, kita akan merasa sangat segan untuk membiarkan aurat kita terdedah meskipun dihadapan sesama sahabat wanita ataupun ahli keluarga.
4) Bersahabat dan bergaul dengan muslimah yang juga menutup aurat dengan sempurna serta memiliki akhlak yang mulia.
5) Meninggalkan segala perbuatan maksiat dan perkara-perkara yang boleh mendorong kepada pendedahan aurat, serta melaksanakan segala perintah Allah dengan sebaiknya.
6) Mengingati bahawa kematian itu datang pada bila-bila masa. Insya Allah dengan mengingati mati kita akan sentiasa beringat dalam memelihara aurat dan maruah kita sebaik mungkin. Tentunya kita tak nak mati sebelum berkesempatan menutup aurat dengan sempurna, kan...
Insya Allah, banyak lagi cara dan kaedah lain yang boleh diamalkan untuk terus istiqamah dalam memelihara aurat dan maruah diri sebagai seorang muslimah. Moga tips ringkas dari saya ini mampu memberi manfaat dan membantu Saudari dalam menyempurnakan keperibadian seorang muslimah mukminah yang solehah dan disayangi Allah, Insya Allah.
Syukran,
BQ.
Salam bq. Nice sharing. Suka la nasihat jangan sebarangan ni. Terima kasih atas perkongsian. Moga beroleh syurga. (:
BalasPadamLalu sini. Jemput follow. (: