Seawal 7 pagi, sudah meninggalkan bangunan Wisma Yayasan Sabah Kaherah yang tersergam indah. Kebiasaannya, pagi-pagi begini suasana di WYSK masih sunyi. Barangkali aku dan seorang rakanku ini yang terawal meninggalkan WYSK, setiap hari. Kadangkala rakan-rakan lain pun hairan, kelas mula jam 8, tapi keluar rumah jam 7, buat apa di kuliah tu pagi-pagi buta, hah?
"Nak exercise, dan jimat duit. Hehe.." Jawapan lazim. Memang, kami (aku dan rakanku) keluar rumah seawal jam 7 kerana kami ke kuliah dengan menaiki van mini yang dipanggil tremco setiap hari. Bukan seperti rakan lain yang ke kuliah setiap hari dengan menaiki teksi bermeter, jam 7.30 keluar rumah pun tak apa. Tambang tremco dari Awwal Abbas ke Sillim, kalau di Malaysia orang cakap murah sangat dah tu!! 75 qirsy (LE 0.75) sahaja.. Kalau tukar ke duit RM, dapatlah lebih kurang 40 sen. Murahkan...kan... (^_^) Lagipun, mahu ke tempat perhentian bas di Awwal Abbas tu, kami kena berjalan kaki dulu. Jauhlah juga, tapi berbaloi-baloi.. Sebab tu keluar awal, supaya tiba di kuliah lebih awal dan dapat berehat sebentar sebelum sesi kuliah dimulakan. Kalau nak naik teksi, keluar sahaja dari simpang Hateem At Taei, belok kanan, ala tuul... daaah sampai. Lambai sahaja tangan kalau ada teksi putih lalu.. =) Tapi tambang, fuhh. Boleh cover duit tambang tremco ulang alik 2 hari..
Bukanlah mahu bercerita tentang murahnya tambang tremco di bumi Mesir ni. Bukan juga mahu bercerita tentang penatnya berjalan kaki dari WYSK ke Awwal Abbas tu.. Tapi mahu bercerita tentang perjalanan kami pada suatu hari, yang seperti biasa dari Awwal Abbas ke Sillim mengambil masa selama 5 minit. So, A 5 minutes tour lah!!
Alkisahlah suatu hari, aku dan 2 orang rakanku sampai di Awwal Abbas dalam keadaan pagi yang sudah mula sibuk. Suasana yang hingar dengan jeritan pemandu-pemandu tremco : "Asyir..Asyir..Sabie'..Sabie'..", memang sudah kedengaran terlalu biasa. Bunyi hon kereta yang dituju pada kami gara-gara kurang berapa pandai melintas jalan pun sudah kedengaran terlalu biasa. Pandangan orang arab Mesir yang melihat kami berlari terkedek-kedek melintas jalan pun sudah terlalu biasa!!
"Sillim?" Tanyaku pada pemandu termco yang menjerit "Ramsis..Sayyidah Aisyah.. Ramsis..Sayyidah Aisyah...". "Ta'ali.." Pemandu itu mengangguk. Maka kami pun masuk dan mengambil tempat duduk. Seperti biasa, maka mulalah kami mengorek beg duit masing-masing, mencari syiling 50 qirsy berwarna emas dan syiling 25 qirsy berwarna perak yang berlubang di tengah macam donat. Duit tadi pun dihulurlah pada konduktor tremco. (Mini van di Mesir ni ada konduktor tau!!)
"Sillim talata." Rakanku menghulur LE 2.25. Sang konduktor menghitung duit di tangan. " Gini nus kaman!" (1 genih setengah lagi). Aikk.. aku dan rakanku berpandangan. "Apa dia cakap? Satu nus lagi?" Rakanku angguk. "Ehna talata ya ra'is.." Ujarku. "Aiwah.. gini nus kaman." Aku garu kepala. "Sillim talata." Aku mengulang lagi. Sang konduktor merenung aku yang menjegilkan mata. "Sillim talata? Aiwah, gini nus kaman." Konduktor berusia awal 20-an tidak mahu mengalah. Ya Rabbi... konduktor ni memang cari pasal.. Grr...
"Wahid bikhomsah wa sab'ein sah? (seorang 75 kan?)" Aku bertanya dengan nada tidak puas hati. "La, gini wa rub' (tidak, 1.25)" Sang konduktor bertegas. Si pemandu pula memerhati melalui cermin pandang. Penumpang yang lain, jangan cakaplah.. Semua tersenyum-senyum sumbing. Seorang lelaki berkot dihadapanku berkali-kali menoleh ke arah kami. (Di Mesir, orang pakai kot pun naik bas juga. (^_^))
Mood mula berubah, mahu marah. Dalam hati mula berteriak, 'Hei konduktor tremco!! Kau ingat kami baru sampai di Mesir ni subuh tadi ka??' Namun apabila mengenangkan bahawa tremco tersebut sudah menghampiri kawasan Sillim dan tempoh perjalanan selama 5 minit pun sudah hampir tamat, maka aku terus mengeluarkan LE 1.50 lagi. Wajah konduktor tersebut tidak ku pandang, agaknya tersenyum bangga kerana dapat memperbodohkan kami. Eiii..geram..
"Aiwah 'ala gambih lau samah!" Kataku kemudian meminta diturunkan. Tremco tersebut pun berhenti, betul-betul di hadapan Sillim. Tapi yang menambahkan kegeramanku ialah tremco tersebut bukan berhenti di tepi jalan, sebaliknya di tengah-tengah jalan raya yang sibuk dilalui pelbagai saiz kenderaan!
Aku bukan marah kerana kerana terbazir LE 1.50. Ambil sahajalah LE 1.50 itu, aku dah tak kisah. Rezeki Allah berganda-ganda lebih banyak daripada itu.
Tapi marah dan kecewa kerana ketidakjujuran konduktor tremco tersebut.
"Kalau beginilah cara kamu mencari rezeki, memang kamu akan cepat kaya. Tapi untuk apa kekayaan yang dikaut dengan mengambil kesempatan dari insan yang tidak berdaya. Hanya kerana kami kurang fasih bertutur dan kurang memahami bahasa kamu, kamu buli pula kami sesuka hati. Pemimpin kamu, kamu gulingkan kerana sikapnya yang tidak amanah. Tapi hakikatnya kamu juga sebenarnya tidak amanah, wahai konduktor tremco!!"
Ok, sekali lagi, ambil sahajalah LE 1.50 itu. Tapi ingat, kalau Allah tanya nanti, jangan salahkan aku pula. Pandai-pandailah jawab sendiri, ya...
A 5 minutes tour, sepatutnya langkah kami ke kuliah diiringi dengan selawat para malaikat..
Tapi keranamu wahai konduktor tremco, langkahku ke kuliah sambil marah-marah pula. 5 minit rahmat ini terbazir sia-sia kerana emosi... Huh..ruginya..
p/s : Not the first time, and not the last time of course!! (^_^)
Bangunan WYSK |

*****

~BintulQaryah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)