Bismillahirrahmaanirrahiim…
Alhamdulillah…kembali dengan semangat, berkat kekuatan yang ALLAH campakkan dalam sekeping hati kecil milik BintulQaryah. Meladeni hari-hari berlalu dengan ketidakstabilan emosi, kesibukan yang mengekang dan beberapa hal peribadi yang menghalang jemari ini untuk mengetuk papan kekunci buat kesekian kalinya. Manusia hanya merencana, dan ALLAH jua empunya kuasa untuk membenarkan segalanya terjadi. Alfu syukran buat semua yang sentiasa menemani diri ini kala aku sendiri tidak mampu untuk mengawal rasa dan air mata. Mereka yang setia mendampingi, membekalkan tegar bagi jiwa yang goyah dek cubaan dariNya yang tidak pernah henti menguji. Syukur, aku punya sahabat-sahabat yang sentiasa memahami dan tidak jemu menemani tika suka mahupun duka.
Sesi kuliah 2011/2012 telah beberapa minggu bermula. Kini aku bergelar Mahasiswi Tahun 1 Kuliah Syariah Islamiah. Selamat tinggal Tamhidi… Maka terselak satu lagi lembaran baru dalam novel kehidupan seorang aku yang tidak punya cukup masa dan tenaga! Sesi lalu tinggal kenangan, dan sesi baru ini tentunya menjanjikan banyak kejutan, lebih dari cukup untuk membuatkan aku menopang dagu, memikirkan taktik-taktik licik bagi menyempati segalanya. Argh!!! 24 jam sehari, 7 hari seminggu sangat tidak mencukupi sebenarnya!
Kuliah? Study? Murajaah? Sempatkah?!
Baru semalam sepasang cuping telinga ini menerima sebutir ‘bom’ jangka masa, hingga lena semalam itu tidak nyenyak langsung. Kalut! Ada lagi lebih kurang 60 hari. 5 matapelajaran. Baru 3 kitab telah dimiliki. Sebuah kitab dengan lebih kurang 300 muka surat. Peperiksaan awal Januari. Lagi?
Sempat..sempaaaattt!!(memujuk diri sendiri).
NODDING..NODDING..
Sambil membelek kitab Dirasat Fi Ulumil Hadis yang telah dipelajari hingga mukasurat 72. Mata menjeling kitab Dirasat FinNahwu WasSarf yang tebal dengan kulit berwarna cold blue. Buku ‘teks’ Lughah Ajnabiyah (English) dengan gambar Farawalah (Strawberri) pula seperti berteriak-teriak meminta dibaca. Sabar ya..sabaarr..satu-satu.. Kerisauan pula bagai menyentap tangkai jantung. Kitab Tarikh Tasyri’ dan Tafsir Ayat Ahkam belum muncul-muncul di Pejabat Jualan Buku. Agaknya bosan ammu penjual melihat wajah kami saban hari. Bertanyakan soalan sama, “Fi kutub sanah ula tani??..”
“Barrah!!”… Cabuuutttt!!
Tugasan persatuan?? Ada kepercayaan diletakkan di bahu ini. Cuba berfikir dan bertindak sepositif yang mungkin. Demi kebaikan semua. “Kak, saya tidak tahu apa-apa.” Jujur aku tipu. Jujur aku mahu mengelak. Maaf kak, kala itu minda terbalik 360 darjah, kemampuan untuk berfikir secara matang itu tiba-tiba hilang. Childish seketika. Diberi amanah untuk dijaga, tanggungjawab untuk dilaksana. Merasa bahawa aku perlu mencuba. Ya, mencuba dan berusaha sebaik mungkin. Lantaran aku juga sebahagian dari ‘keluarga’ besar yang banyak memberi ini.
8 November lalu, ditaklifkan sebagai pengarah program ‘One Soul One Love Day’ anjuran Mahasiswi Sabah (WiSa). Terkejut dan terkena kejutan. Sesungguhnya aku lebih senang jadi orang bawahan, diarahkan bukan mengarahkan. “Aku orang baru dalam ‘keluarga’ ini, dan ramai lagi yang lebih layak!” Kakak itu bertegas, “Belajar, cari pengalaman.” Nganga sekejap. “Ok, aku cuba. Tapi bantu aku, kakak.”
Program tamat. Titik. Alhamdulillah, berjalan seperti yang dirancangkan. Menanti masa post-mortem, bedah siasat dan muhasabah untuk memperbaiki segala kekurangan. Am I satisfied? Of course not! Ini bukan SMAN, berprogram ikut cita rasa dan kehendak sendiri sahaja. Masih ada lack di beberapa sudut. Meski bukan disengaja, tapi tetap perlu diperbaiki.
END.
Mulakan yang baru. Segalanya. Optimis, positif, sabar, redha, kuat tentunya. InsyaALLAH, bantuan dan kelapangan akan sentiasa ada. Kan manusia tidak akan dibebankan melainkan sesuai dengan kesanggupan.. Stop the tears, and sadness. Nikmati hidup yang masih tersisa. InsyaALLAH iman dan taqwa temani tiap detik kembara ini..
“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan ketakutan, kelaparan, kekurangan dalam harta, jiwa, dan buah-buahan. Maka berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘inna lillahi wa inna ilaihi raji’un’, mereka itulah yang mendapat keberkatan sempurna dan rahmat dari Tuhannya dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” Al-Baqarah 155-157.
Mode: memujuk hati dengan KalamNya. Tears go away!! Ddm..
~BintulQaryah~
Bismillah..Sangat gembira dengan tajuk post ni. Sangat rindu 'dia' dan akhirnya dia balik juga..Kuliah tahun 1..Teringat time kakak d situasi yg sama 4 tahun lalu..Apa yg bleh kak ckp..Sabar,Disiplin,Doa...Insyallah kheir semuanya.WISA~ satu nama yg sangat bmkna bg kakak.Klau lah ada org yg btnya,'knapa kakak nangis mlm tu?' kakak akan jawab..'sebab SAYANG ni sangat menebal'.WISA sangat bnyk mengajar kakak..dan kak yakin kamu semua pun akan rasainya.Tolong kakak jga WISA baik2 tau~ (T_T)(hujan lagi...huhuhu)
BalasPadamSyukran kakak.. hehe.. itula 2, sblum kakak balik mau minta dlu smangat kakak 2. mau kasi 'alattuull jga.. :-) hmm..pasal WISA, don't worry kak ya..kami pun SAYANG gila2 sma ini WISA. InsyaAllah kami akan jga baik2, mcm kami jga diri sndiri. kakak kasi doa baaaanyak2.. kami pun sebak tngok kakak mlm 2, mcm nda mau suruh kakak balik ni. huwaaa...
BalasPadamBismillahirrahmanirrahim....Subhanallah,tiap2 bait kalimah yang sngat menyentuh hati..sperti terpukul kepada diri sndiri yg kurang bersungguh2 dlam mencari ilmu Allah..Tp,apa2 pon, syukran ya kak atas prkongsian pngalaman hidup yg scara xlngsung mmberi banyak ma'izah hasanah kpd diri la slalu masyqul ni...Insyaallah,Didoakan smoga dpat mnempuh sgala cubaan hidup d sana demi 1 tujuan yg sngat mulia(Mencari ilmu2 allah)....Subhanallah!
BalasPadamAdik Ulum Dinniah : syukran yaa.. akak doakn juga, smoga kta smua brjaya dunia akhirat. blog akak bukanlah apa2, org kata skadar prkongsian picisan. InsyaAllah, klu ada manfaat, manfaatkanlah sbaiknya ek.. akak cuma mncuba mmberi n brkongsi skdr yg trmampu.. syukran skali lg sbab slalu dtg brziarah.. :-)
BalasPadam