Syukur, hari-hari mencabar berjaya dilalui dengan tenang. Sekilas terimbas keadaan minggu lalu yang agak chaos dengan segala kesibukan. Mujur persiapan awal sudah dibuat, jadi diri tidak lagi terkejar-kejar dan kelam kabut mengulangkaji dan semak semula silibus pelajaran.
Kaifa haal al-imtihan?
Alhamdulillah.. syukur kepada Allah kerana mempermudahkan.
Soalan imtihan bagiku tidaklah terlalu mudah, tetapi tidak juga terlalu susah. Andainya ada soalan yang rumit, wajar aku salahkan diri sendiri yang culas dan lalai. Namun imtihan kali ini cukup untuk membuatku tersenyum lebar. Lancar sahaja jemari membulatkan jawapan, mengisi tempat kosong dalam setiap soalan, dan mewasilahkan idea dari minda dalam bait jumal ketika menulis karangan.. Syukur, kelapangan masa lalu membuatkan aku merasa cukup bersedia.
Hari pertama imtihan terasa agak santai kerana madah imtihan hari itu (Kitabah/mufradat/imla') adalah antara madah yang ditafsirkan mudah. Namun sesampainya di dewan peperiksaan, kami dimaklumkan bahawa imtihan bagi madah Muhadasah (perbualan) akan turut diadakan pada hari itu. Hahh?? Kenapa tiada di dalam jadual? Maka ada sedikit gelabah menguasai diri. Minda cuba untuk berfikir rasional, "Pihak pengurusan sengaja menguji tahap kemampuan pertuturan tullab". Tarik nafaas..hembus..tarik nafaas..hembus. InsyaAllah, boleh punya.. (^_^)
Maka sesi Muhadasah pun bermula. Aku merupakan pelajar kedua terakhir dalam senarai.
~Soalan pertama, Alhamdulillah.
~Soalan kedua, pun Alhamdulillah.
~Soalan ketiga, Alhamdulillah lagi.
~Soalan keempat, hah?? Peliknya. Tapi, Alhamdulillah..
~Soalan kelima, Err..biar betul.
~Soalan keenam, ayark.. Apa ustaz ni cakap? Kitab Maqru' dan Kitab Matbu'? Benda apa tu?
Namun tetap rasa bersyukur, Alhamdulillah.. Dapat jawab semua..
Natijah?
Terima kasih semua...
Aspresiasi tentunya ku dedikasikan buat mereka yang banyak berjasa, membantu dan memberi sokongan. Mulanya minda ter'setted' dengan ungkapan Bahasa Arab susah, Nahu Sarf payah.. Namun mereka menghapuskan anggapan itu dengan kata semangat dan dorongan yang pastinya berjaya mengubah tanggapanku.
Mereka ialah Guru-guru di kuliah: Ustaz Ahmad 'Asyur, Ustaz Baraa, Ustaz Abdul 'Aziz, Ustaz Haitham, Ustazah Nasrin dan Ustazah Nura. Guru-guru di Markaz Eqraa: Ustazah Amirah, Ustaz Hosaini, Ustaz Muhammad Ramadhan dan Ustazah Du'aa . Mesra, penyayang, prihatin dan profesional! Sikap mereka membuatku semakin bersemangat untuk mendalami Bahasa Al-Quran. InsyaAllah, kemahiran dan kefasihan itu pasti akan jadi milikku..
Cuti?
Mungkin sekejap. InsyaAllah sesi pengukuhan di kuliah akan bermula pada 27 Julai nanti. Sementara itu, masa senggang ini sedaya mungkin cuba untuk diisi dengan perkara yang bermanfaat.
Sekilas terkenang puda pada satu janji. Sejak dahulu cuba mencari masa lapang bagi melunaskan janji itu. Namun ASIF JIDDAN, daqa'iq yang bernama masa itu tidak pernah memberikan walau seinci peluang untuk aku menta'kidkan idea. Padahal idea itu sering muncul pada ketika yang tidak terjangka. Papan kekunci hitam putih juga sudah lama berhabuk di atas meja, bagaikan menunggu jemariku untuk kembali memainkan irama. Dalam komputer riba biru ini juga sudah tersedia bait-baitnya. Tinggal untuk disatukan dengan rimanya sahaja.
Balik Malaysia?
InsyaAllah tahun hadapan. Baru 3 bulan lebih di Mesir setelah 'cuti percuma tidak terjangka' bersempena dengan Revolusi Mesir Januari lalu, hati belum teringin untuk kembali semula ke tanah air. Memang ada rindu membuak di dada, namun di sini ada perkara yang lebih penting dari kerinduan itu. Sesi pengukuhan di kuliah, Talaqi di Masjid Azhar, kelas Quran bersanad, kelas tahsin Al-Quran di Markaz Eqraa, terasa seperti masa menyempitkan peluang pula. Mahu balik Malaysia? Err.. tak. (^_^)
~BintulQaryah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Syukran jazilan atas ulasan anda. Ada masa ziarahlah BQ lagi.. :-)